Friday, June 01, 2007

Uninspired

I'm feeling rather uninspired lately. So much to write about but nothing seems to pour out from my mind. Maybe its because I am exceptionally busy this week, having to organise a movie outing as well as complete a complicated claim for a subcontractor. And also, Im not feeling too good- am down with flu, fever and the whole gang of virus that comes in the package. Sigh.


So since I want to write something but have nothing really of substance to write about, I shall tell you a joke that made me smile when I feel sad at work. Got this from one of the forward mails from my colleague Ahmad. If you are from the northern region, chances are, you will catch the humour.

It's in Bahasa btw. Did a little paraphasing here coz I've deleted the mail and cant remember the exact words. But the gist is there, I promise you. Oh ya, one more thing, the facts might not be historically accurate k.

Pada zaman dahulu, pihak Portugis ingin menakluk negeri Melaka. Maka, pasukan Portugis yang diketuai oleh Alfonso de'Albuqueque (whatever the spelling) pun mulalah merancang strategi untuk menyerang Melaka. Rancangan jahat Portugis ini telah diketahui oleh Sultan Melaka. Sultan Melaka berasa bimbang lalu mengerahkan pembantunya memanggil 5 orang pahlawannya yang terkemuka- Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Kelima-lima pahlawan itu pun pergilah berlawan dengan tentera Portugis.

Setelah beberapa minggu berlawan, tentera Portugis menang perperangan itu. Mereka berasa penat sangat setelah berlawan dengan kelima-lima pahlawan handalan Melaka. Walaupun Portugis menang, mereka masih mengakui kehebatan pahlawan-pahlawan tersebut.

Pihak Portugis tinggal di Melaka selama beberapa tahun. Tiba-tiba, timbul lah pulak minat di hati Alfonso untuk menakluk negeri Perak. Maka, beliau pun menghantar pengintip-pengintipnya ke negeri Perak untuk meninjau keadaan negeri tersebut.

Pengintip-pengintip Portugis pun pulanglah ke Melaka untuk melaporkan keadaan negeri tersebut. Mereka kelihatan amat panik sekali. Alfonso berasa hairan lalu bertanya "Macam mana keadaan negeri itu?". Pengintip-pengintipnya pun menjawab "Tuan, kami telah ke negeri Perak dan mengintip keadaan di situ. Ingatkah Tuan yang kita telah berlawan dengan 5 orang Hang yang hebat di Melaka? Di negeri Perak, ada beribu-ribu lagi hang di situ seperti "Hang nak pergi mana?", "Hang buat ape?", "Hang dah makan ke belum?" "Hang buatlah sendiri" dan bermacam-macam lagi. Rasanya pihak kita tidak mampu melawan mereka".

Setelah mendengar laporan dari prngintip-pengintip, maka Alfonso pun tidak jadi menakluk negeri Perak.

**End of story**

No comments: