Friday, October 27, 2006

Isu Mat Rempit

Kebelakangan ni banyak terdengar isu mat rempit ni. Popular sangat sampaikan ada pengarah buat movie pasal mereka ni. Tajuk movie tu, apa lagi kalau bukan Remp-It!? (apalah bongoknya tajuk ni, tak kreatif langsung).

Anyway, banyak kita dengar rempit-rempit ni, apa sebenarnya maksud "mat rempit". Oleh sebab saya ni curious sangat, maka saya pun buat lah sikit research kat net. Puas saya cari dalam laman web DBP tapi habuk pun tak jumpa. Last-last kat mana jugak saya jumpa? Mana lagi kalau bukan laman mat salleh wikipedia tu. Tapi dalam BI lah.

"The definition of Mat Rempit is dare-devil motorcycle rider which perform dangerous skill or racing while riding a motorcycle on public road. In Malaysia, most of the Mat Rempit use Kapcai (which is underbone motorcycle or scooter). They act like gangster and usually were to travel in one big group." Wikipedia.

Laman tu banyak info pasal mat-mat ni. Menarik sekali. Saya malas nak cerita banyak-banyak sini.

Kalau kita search dalam google pun boleh dapat banyak result.


Itu tak hairan lah, tapi yang shocking sekali ialah, mat rempit pun dah pandai pos aksi mereka dalam YouTube. Tengoklah rakaman ni..

Yang dalam video tu aweknya pun gila sekali...

Berani buat tu, tentulah berani kena kutuk. mat rempit ni memang tak banyak peminat, malahah ramai yang mengutuk mereka kaw-kaw, sumpah mati lah, buang duit mak bapak lah, macam-macam. Sebenarnya saya pun rasa mereka ni patut mati je dengan motor rempit tu, lagi bagus kalau remuk dilanggar lori trailer dan mayat mereka penyet macak kentang lecek (mash potato) dari KFC tu. Ataupun, kaki penyet tapi masih hidup, biar menderita sikit. Tapi saya rasa kejam sangat pulak menyumpah mereka, after all, mereka tu pun manusia macam kita juga, kan? Manusia mana lah tak pernah buat kerja bodoh masa muda, kan?

Saya pun pernah terserempak dengan mat-mat ni. Tengah malam minggu, mereka ni suka lepak kat dataran merdeka. Kiri kanan jalan penuh dengan mereka ni je, sampai saya ingat negara kita ni tengah sambut perayaan apa pulak malam-malam buta begitu. so mrk mrk ni pun speeding lah kat jalan raya di KL. Ada yang siap bawak awek seksi lagi. Takut jugak saya dgn mrk ni, nanti terjatuh, siapa yang salah? Kalau mrk salahkan saya, matilah saya. Beratus-ratus lawan seorang. Nasib baik lah kat tengah jalan ada polis chek, kena lah si mat-mat + awek-awek sekali tu. Padan muka. Tapi yang masih berlegar kat dataran merdeka tu, tak tau lah apa yang berlaku kepada mereka...

Sekarang ni, kadang-kala ada juga mat-mat berlumba kat persiaran surian dekat pangsapuri saya. Tapi tak lah secara besar-besaran...menyampah sekali melihat mereka.

Isu ni semakin menjadi-jadi sampai Sultan Pahang pun dah naik bengang sebab hanpir langgar mereka. Depan istana pulak tu!

Walaupun dah banyak yang dipercakapkan dalam surat khabar, PM pun dah bersuara suruh polis rampas motor, rakyat dah sumpah sampai air liur kering, dan macam-macam lagi teknik-teknik yang diguna untuk mengubah mereka ni, namun, mereka tak insaf-insaf jugak, malahan semakin menjadi-jadi. Kalau mat rempit dipanggil cemerlang, boleh saya samakan begini?

Saya berharap isu ni dapat ditangani secepat mungkin.

Oh ya, cakap pasal rempit ni, teringat pulak saya satu kejadian waktu kat tingkatan 6 dulu. Terdapat beberapa budak tingkatan 3 yang tak berlesen telah menunggang motorsikal mereka (secara haram) di jalan raya dan terlanggar van pengetua di simpang jalan. Budak-budak ni, walaupun dah buat salah, masih tak mengaku lagi. Dahlah bawak motor haram, langgar van pengetua dan tak mengaku, mereka ni berani lagi minta ganti rugi dari pengetua! Pengetua tentulah tak bagi, malahan mengumumkan perbuatan mereka waktu perhimpunan lagi. Kelakar betul bila teringat cerita ni...

1 comment:

Anonymous said...

Apakah dah jadi?!?!...pi mai pi mai tang tu juga cerita dia...siapa lagi kalau bukan isu-isu remaja ni...si mat Rompet ni la...hai...kebanyakan Rompet ni budak budak Mamat...aduh hai, kalau budak budak ni masih dengan atitude mereka tu...habis lah our future kepimpinan...banyak benda yang aku cukup tak paham paham tu...kalau nak buat ranggi tu biar la pada tempat nya, malam malam tengah orang duk rest tu...bunyi tu...phik..phik.....pergi mai phik..phik.....aduk hai..kerja dah la penat..kena pula percemaran bunyi tu...kalau nak pun phik..phik....tu..biar la kat circuit circuit nya...nanti boleh la dapat konon nya "future GP Motor Champion" la tu..hai...bukan tu saja, kalau nak buat aksi aksi tu, masuk la pertandingan Guinness World Record boleh la mengharumkan nama negara and diri sekali..yang duk buat stunt stunt kat belakang lorong lorong gelap la, jalan yang sesak la..kalau jatuh siapa yang malu?..hang pah dan keluarga hang pah juga yang malu...yang berbakat tu ok la..boleh la tahan...tapi yang duk pengikut pengikut tu...dah la tak berbakat, malah nak try try tu..mungkin dah puas hidup kot pengagak pengagak ni...ataupun 'too lonely' sehingga kan mahu menarik perhatian orang ramai...kalaunya bukan tu, mungkin masalah cinta la...duk bawa sekali awek cun cun tu...'die together, last forever la' kata mat salleh...kepada semua member si penulis ataupun pembaca blog, tolong la nasihat kan la mereka ni...bak kata perpatah, 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna lagi' memang mengena pada masanya...dari si hati semua pembaca tu, memang dah tau dah nasihat tak boleh pakai...tapi tu juga akarnya sebelum ke pokok nya...haramkan la segala segala tu...saman kan Rompet tu, tarik lesen, motor tapi jangan tarik awek la...yang tu i boleh settle kan...gurauan saja yang terakhir ayat tu...yang menolong membanteras tu...terima kasih and teruskan usaha...yang duk tengok tapi tak buat apa apa tu...jangan la sampai buat movie pula...tu dah lebih lebih tu...bukan sekadar nak untung saja tapi menarik and menaikkan semangat 'kamikaze' Rompet tu...hiyo...teruk betul la...ok la, cerita dah banyak banyak...nak cakap tu pun dah cakap...terpulang pada mereka sendiri...akhir kata, budak budak Rompet ni 'kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga' yang membawa maksud sudah biasa buat jahat, sekali-sekala ingin mengulangi juga...jadi terpulang pada keimaman and nafsu diri Rompet tu tersendiri...kepada semua yang tak berbakat memrompet tu, sekadar pengguna jalan raya...banyak la bersabar kerana sabar tu separuh dari imam ya...
kepada si penulis isu mat rempit, 'put your story to other readers too like NTV7 or newspaper'..hehe...
~EC~